Padah Hina TMJ

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang disyaki menjadi individu bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, ditahan polis hari ini.

 

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Masjid Wakaf Baru di Kelantan, kira-kira jam 11 pagi tadi.

 

Ia berikutan laporan polis yang dibuat di sini pada malam 29 September mengenai penyalahgunaan laman media sosial, Facebook.

 

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kenyataan yang dimuat naik itu berkaitan dengan‎ status anakanda Tunku Ismail.

 

“Hasil daripada tangkapan itu, sekeping sim kad yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi membuat kenyataan jelik itu turut dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini, lapor Bernama.

 

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (10)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.