Liputan PAU 2016 Hanya Untuk Media Arus Perdana

KUALA LUMPUR – UMNO memastikan media yang tidak sehaluan dan sering membuat liputan memutar belit tidak mendapat maklumat untuk membuat liputan Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) nanti.

 

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu dipertimbangkan pihaknya bagi memastikan kelancaran PAU 2016 pada akhir November ini.

 

“Tahun lalu, maklumat perbelanjaan dalam buku laporan UMNO telah disiarkan dalam satu portal berhaluan kiri. Jadi kita pun rasa tak selesa kerana bahan itu terhad.

 

“Mereka menggunakan apa juga maklumat dalam PAU untuk serang UMNO. Maka, urusetia akan ambil langkah bagi memastikan hanya mereka yang memiliki pas media khas dibenarkan untuk terima laporan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat pelarasan media PAU2016 yang dihadiri wakil agensi media tempatan, di sini, hari ini.

 

Tambahnya, antara langkah tersebut termasuk tidak lagi menyediakan skrin siaran langsung untuk pemerhati dan orang ramai di aras dua PWTC.

 

Katanya, siaran tersebut telah disalah gunakan media tidak sehaluan.

 

Sementara itu, menurutnya pihaknya juga akan mengawal pintu utama dengan pengawalan ketat supaya tidak berlaku cubaan menyeludup masuk daripada pihak yang tidak berkaitan.

 

 

PAU2016 dijangka dihadiri 3,247 perwakilan dari seluruh negara dan 282 perwakilan asing dari 80 buah negara.

 

Sementara, pendaftaran awal bagi media tempatan dan asing dijangka mencecah sehingga 1,400 permohonan.

 

Terdahulu, PAU2016 akan diadakan dari 29 November hingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.