Lenyapkan Syria Dari Peta Dunia, Penulis Blog Didenda

MOSCOW – Seorang penulis blog Rusia didenda mahkamah Moscow kelmarin kerana menghasut kebencian dan menggesa Pre­siden Vladimir Putin untuk ‘melenyapkan Syria dari peta dunia’.

 

AFP melaporkan, penulis blog berkenaan, Anton Nossik telah didenda sebanyak 500,000 ruble (RM33,020) oleh mahkamah tersebut.

 

Dia didenda kerana menyokong kempen pengeboman Rusia dan menyeru supaya Putin memusnahkan Syria melalui penulisan di laman blognya, kata jurucakap mahkamah, Anastasia Pylina kepada agensi berita AFP.

 

Nossik yang memiliki kerakyatan Rusia dan Israel berkata, Syria menjadi ‘ancaman ketenteraan yang serius’ terhadap Israel dan mengalu-alukan kempen pengeboman Moscow.

 

Pemimpin pembangkang, Alexei Navalny mempersendakan perbicaraan itu kerana Nossik dihadapkan ke mahkamah sedangkan tentera Rusia dituduh melakukan jenayah perang di Syria oleh Barat.

 

“Ketika tentera Rusia menyerang Aleppo, saya pula dihakimi di Moscow kerana menyokong serangan ini,” Nossik dipetik sebagai berkata di mahkamah itu Navalny.

 

Peguam Nossik, Sergei Badamshin berkata, anak guamnya ialah orang pertama yang didakwa kerana ‘menyatakan sokongan terbuka kepada Putin.’ Campur tangan Rusia di Syria mencetuskan perdebatan hangat di negara itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!