KPDNKK Nafi Laporan Harga LPG Naik

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan laporan beberapa media tempatan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan RM7 setong mulai tahun depan.

 

KPDNKK dalam satu kenyataan hari ini, berkata laporan yang menjadi viral itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna.

 

“KPDNKK memberi jaminan harga LPG masih kekal seperti yang ada hari ini. “Mana-mana pihak disaran merujuk KPDNKK terlebih dulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan,” katanya.

 

Kementerian turut meminta agar mana-mana pihak merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.

 

Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan rakyat sekali lagi akan terbeban apabila harga LPG turut naik pada tahun depan selepas kenaikan harga minyak masak 1 November lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.