Kahwin: Awie Minta Doa Orang Ramai

Penyanyi rock, Awie mengumumkan berita gembira apabila bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan ini.

 

 

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, berkata, dia tidak merahsiakan perkahwinannya, sebaliknya bertindak demikian demi keselamatan.

 

 

“Saya tidak mahu merahsiakan perkahwinan ini daripada pihak media atau masyarakat. Buat apa saya merahsiakan hal baik ini kepada umum.

 

“Ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Namun, atas sebab keselamatan diri dan tunang, saya terpaksa merahsiakan perkara ini,” katanya pada sidang media pelancaran Konsert Wings 30 Tahun Live@Kota Kinabalu, hari ini, lapor Sinar.

 

Menurut Awie, hal keselamatan yang dimaksudkannya adalah gangguan serta penyakit misteri yang menyerangnya.

 

Cerita Awie, sejak bertunang, bakal isterinya yang berusia lingkungan 20-an turut diganggu oleh makhluk halus.

 

“Walau bagaimanapun, kami terus menguatkan semangat kami menuju hari bahagia. Selain itu, kami pergi berubat hampir setiap malam.

 

“Saya mengharapkan semua peminat mendoakan supaya majlis ini berjalan lancar tanpa masalah.

 

“Selain itu, doakan supaya saya cepat sembuh sepenuhnya. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang mendoakan saya,” katanya dengan penuh harapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.