Google Perkenal Telefon Pintar Pixel

 

SAN FRANCISCO – Google telah melancarkan telefon pintar baharu Pixel yang dibina dengan kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI) ketika dan cuba menandingi iPhone melalui telefon bimbit berharga premium jenamanya sendiri.

 

Ketua bahagiannya, Rick Osterloh berkata,  pihaknya akan membina membina perkakasan dengan Google Assistant di terasnya.

 

“Kami percaya inovasi besar pada masa depan akan berlaku di persimpangan antara perkakasan dan perisian, dengan AI berada di tengah.”

 

Telefon pintar Pixel boleh didapati dengan paparan 5 inci atau 5.5 inci, bermula dari AS$649 untuk pelanggan di Amerika Syarikat (AS), harga yang lebih kurang sama dengan model iPhone terbaru.

 

Pra-pesanan telah bermula pada Selasa di Australia, Kanada, Jerman, Britain dan AS.

 

Dalam pada itu, pasukan pengurusan produk Pixel, Sabrina Ellis berkata, ia merupakan telefon pertama yang dibuat oleh Google.

 

Dengan menghasilkan perkakasan dan perisian Android, Google memberi cabaran secara langsung kepada Apple dan ekosistemnya yang dikawal ketat.

 

Tampil sebagai telefon pintar pertama menggunakan Google Assistant, ia mempunyai simpanan tanpa had untuk gambar dan video, serta serasi dengan Daydream, platform realiti maya syarikat itu.

 

Pixel juga mempunyai program khas untuk memudahkan pengguna menukar sistem operasi, contohnya dari iPhone ke Android, dengan hanya memindahkan kenalan, kandungan dan juga iMessages, menurut Ellis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!