Serpihan Aviastar Dikesan

JAKARTA – INDONESIA . Pasukan mencari dan menyelamat (Sar) wilayah Bone yang melakukan pencarian pesawat Aviastar Mandiri di kawasan pergunungan Bua dan Latimojong di wilayah Luwu telah dikerah ke Desa Maiwa di Enrekang.

 

 

Penyelaras Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Andi Sulthan berkata, pihaknya telah menghantar enam pegawai ke Enrekang selepas mendapat maklumat terdapat serpihan pesawat MV7503 di wilayah tersebut.

 

 

“Untuk mengesahkan maklumat itu, kami menghantar enam pegawai ke Desa Maiwa. Kesemua mereka juga dilengkapi dengan kelengkapan alat pemindahan.

 

 

“Apa pun, operasi pencarian di pergunungan Bua, Bastem dan Latimojong tetap berjalan sehingga maklumat tersebut telah disahkan,” katanya semalam.

 

 

Pesawat Twin Otter itu terputus hubungan ketika dalam penerbangan di provinsi Sulawesi Selatan, Jumaat lalu.

 

 

Pesawat itu membawa tiga kru dan tujuh penumpang termasuk tiga kanak-kanak.

 

 

Ia hilang hubungan radio kira-kira 30 minit sebelum pesawat terbabit dijadualkan mendarat di Makassar. – Tempo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.