Polis Australia Serbu Masjid

SYDNEY – AUSTRALIA . Pihak berkuasa Australia bertindak menyerbu sebuah masjid di barat Sydney, selepas insiden seorang remaja lelaki menembak mati seorang pegawai kewangan, Jumaat lalu.

 

 

Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan mengunjungi masjid di Parramatta sebanyak dua kali sebelum menembak mati Curtis Cheng dari jarak dekat, di luar ibu pejabat polis wilayah New South Wales.

 

 

Suspek yang dilahirkan di Iran, kemudian mati ditembak polis.

 

 

“Polis mendapat waran daripada mahkamah untuk menggeledah masjid ini dan kami menerima kerjasama baik daripada pemimpin agama di sini,” kata polis dalam satu kenyataan semalam.

 

 

Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut serbuan berkenaan.

 

 

Difahamkan, serbuan itu dilakukan dalam usaha membendung fahaman radikal dalam kalangan belia Islam di Australia.

 

 

Kelmarin, Perdana Menteri Malcolm Turnbull menyifatkan kejadian itu sebagai serangan keganasan namun enggan menyalahkan komuniti Muslim di kawasan tersebut. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.