Peserta AF 2015, ‘Bila’ Layak Peringkat Akhir

BILA menepati ramalan peminat apabila terpilih sebagai salah seorang peserta peringkat akhir Akademi Fantasia 2015.

 

Dia yang menyanyikan lagu “Girl On Fire” (dipopularkan oleh Alicia Keys) dan juga duet bersama Bob AF2 menerusi lagu “Pening” berjaya menarik perhatian pengkritik dalam persembahannya di peringkat separuh akhir malam tadi.

 

Mendapat pujian berterusan oleh Datuk Ramli MS, Bila pada anggapannya sentiasa menampilkan persembahan yang berkualiti daripada segi vokal.

 

Selain Bila, tiga peserta lelaki turut melayakkan diri ke pentas akhir ialah Sufi, Shahrul dan Syamel.

 

Syamel pada minggu lalu sepatutnya tersingkir akibat undian terendah diselamatkan pengritik tetap, Ramli MS dengan menggunakan kuasa imuniti yang diperkenalkan produksi pada awal musim.

 

Menyanyikan lagu dari kumpulan Qanda, “Cinta Yang Sempurna,” Syamel turut mendapat pujian dari Datuk AC Mizal yang menganggap tenaga yang ditunjukkan Syamel adalah tenaga untuk persembahan seorang peserta akhir.

 

Dua peserta tersingkir dalam konsert separuh akhir Akademi Fantasia iaitu Lisa dan Rachel.

 

Kedua-dua mereka gagal ke peringkat seterusnya selepas mendapat undian terendah dalam Konsert Separuh Akhir yang diadakan di Auditorium MBSA Shah Alam.

 

Konsert akhir Akademi Fantasia 2015 akan diadakan di lokasi sama dan peminat masih boleh mendapatkan tiket untuk siaran secara langsung melalui www.ticketpro.com.my. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.