Pertunjukan Fesyen Orang Kerdil Ubah Persepsi Stereotaip

KUALA LUMPUR – Ketinggian seseorang dikatakan antara kriteria terpenting untuk menjadi seorang model, sehingga ia menjadi satu stereotaip di mana model sering dikaitkan dengan tubuh badan tinggi dan langsing.

 

Namun, kerajaan Perancis berusaha menukar stereotaip itu dengan menganjurkan satu pertunjukan fesyen khas bagi golongan kerdil.

 

Model-model kerdil itu memperagakan pelbagai pakaian pada pertunjukan ‘Fesyen Kerdil’ yang diadakan di Paris, Jumaat malam.

 

Memetik beberapa laporan media antarabangsa, Kementerian Kebudayaan Perancis menganjurkan satu pertunjukan fesyen tersebut sempena Minggu Fesyen Paris meskipun ia bukan sebahagian daripada aktiviti yang disenaraikan.

 

Kerajaan Perancis menyokong inisiatif tersebut untuk memupuk taraf kecantikan alternatif dalam industri fesyen yang sering dikatakan hanya mendorong wanita yang tinggi dan kurus.

 

Lima belas model yang berketinggian di bawah 1.22 meter (10.16 cm) memperagakan koleksi-koleksi fesyen terkini bagi musim panas dan musim bunga, yang direka oleh beberapa pereka fesyen yang diupah khas untuk pertunjukan tersebut.

 

Pertunjukan inovatif itu dianjur oleh sebuah persatuan “Donnons-leur une chance”, yang bermaksud ‘beri mereka peluang’.

 

Pengasas Pertunjukan Fesyen Kerdil Negara, Myriam Chalek berkata, “Kita sering lihat pertunjukan fesyen hanya melibatkan model yang tinggi dan kurus. Saya tidak melihat diri saya dalam katogeri tersebut.

 

“Kerana seorang model… hanya memperagakan pakaian. Jadi, jika anda tahu cara untuk berjalan di hadapan penonton, anda adalah menjadi seorang model.”

 

“Saya rasa seperti kita sudah lupa makna sebenar fesyen. Ia berkaitan dengan ekspresi diri,” katanya seperti yang dipetik di bt.com. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.