Korban Tanah Runtuh Meningkat

SANTA CATARINA PINULA – GUATEMALA . Angka kematian yang disahkan berikutan insiden tanah runtuh di pinggir bandar ibu negara Guatemala kini meningkat kepada 73 orang dengan hampir 350 yang lain masih dilaporkan hilang.

 

 

Jurucakap bomba, Julio Sanchez berkata, jumlah mangsa maut kemungkinan besar akan terus bertambah selepas pasukan penyelamat menggali runtuhan tanah yang menghempap hampir 125 rumah pada malam Khamis lalu, di kawasan kejiranan Cambray.

 

 

“Sebelum ini pihak berkuasa meletakkan jumlah kematian kepada 69 orang dengan mengira bahagian anggota badan mangsa seperti kepala dan abdomen,” katanya.

 

 

Sementara itu, penyelaras perkhidmatan kecemasan Sergio Cabanas memberitahu, masih terdapat harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup jika anggota keselamatan dan pasukan penyelamat meneruskan usaha mencari. – Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.