Jerebu Dijangka Berulang Kerana Ribut Tropika

SHAH ALAM  – Jerebu dijangka kembali melanda negara pada 10 Oktober ini, jika kebakaran di Sumatera dan Kalimantan yang masih belum dipadamkan.

 

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau berkata, ribut tropika yang diramal terbentuk di timur Filipina menyebabkan tiupan angin kembali dari arah barat daya.

 

 

“Pada awalnya, MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) menjangkakan jerebu teruk yang melanda negara sejak pertengahan September, akan berakhir pada awal Oktober ini berikutan bermulanya fasa peralihan monsun.

 

 

“Namun, oleh kerana terbentuknya beberapa ribut tropika di perairan Filipina menyebabkan tiupan angin dari arah barat daya yang konsisten. Keadaan ini menyebabkan jerebu rentas sempadan kembali melanda negara,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Menurutnya, ribut tropika itu dikenali sebagai Mujigae yang terbentuk pada 1 Oktober lalu.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.