Filem Kapsul Lakonan Mahathir Gagal Tarik Penonton

KUALA LUMPUR – Filem fiksyen, Kapsul yang turut menampilkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pelakonnya mengalami kerugian besar apabila gagal menarik perhatian penonton ke pawagam.

 

Sehingga selesai 12 hari tayangannya di 47 pawagam seluruh negara pada 28 September 2015, kutipan tiket yang diraih untuk filem tersebut hanya berjumlah RM96,900.26 sahaja.

 

Filem Kapsul diterbitkan oleh Two Tones Sdn. Bhd dengan kos penerbitan RM2.3 juta dengan berinspirasikan dari kapsul masa Wawasan 2020 yang pernah ditanam oleh Dr Mahathir semasa pentadbirannya dulu.

 

Kegagalan filem Kapsul dilihat mengecewakan ramai peminat Dr Mahathir yang sebelum ini menjangkakan filem tersebut akan mendapat sambutan ramai berikutan penampilan istimewa Dr Mahathir yang mendapat liputan meluas di media sosial dan media perdana.

 

Sementara itu filem Bravo 5 yang bercorak aksi patriotik yang memaparkan perjuangan anggota polis menentang pengganas komunis pula merekodkan kutipan RM373,653.03, juga selepas 12 hari tayangan di 47 pawagam seluruh negara.

 

Manakala kutipan rasmi yang diperolehi filem Polis Evo sehingga 28 September berjumlah RM6,181,652,58 dan masih ditayangkan di pawagam berikutan sambutan hangat dari peminat filem Melayu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.