Bapa Hantuk Kepala Anak Sampai Mati Kerana Tudung Tertanggal

BHOJIPURA – Hanya kerana tudungnya tertanggal, seorang kanak-kanak perempuan di India yang dikenali sebagai Farheen berusia 4 tahun maut selepas dihantukkan kepala ke lantai oleh ayah sendiri.

 

Menurut laporan India Times, kepala kanak-kanak malang itu dihantuk beberapa kali dengan alasan tudung atau dikenali juga sebagai dupatta
yang tertanggal itu menampakkan aurat.

 

Kejadian tersebut berlaku pada petang Jumaat ketika isteri Chand Babu sedang menyediakan makanan untuk mereka sekeluarga apabila tiba-tiba tudung yang dipakai Farheen tertanggal tanpa sengaja.

 

“Ini menimbulkan kemarahan bapanya, Chand Babu, yang terus menerkam ke arah kanak-kanak itu dan mula membelasahnya tanpa belas kasihan termasuk menghantukkan kepala anaknya ke lantai,” kata warga tempatan.

 

Chand Babu kini berada dalam tahanan polis dan akan didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat dalam masa terdekat. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.