Sakinah Pilih Pilot, 25 Oktober Bertunang

Petaling Jaya – Pelakon, pengacara dan pengamal aktiviti kecergasan, Sharifah Sakinah mengesahkan akan melangsungkan pertunangan pada 25 Oktober ini dengan kekasihnya, Aliff Adha.

Malah pasangan ini juga telah merancang untuk melangsungkan pernikahan dengan jejaka berkerjaya sebagai juruterbang itu pada bulan Mac tahun hadapan.

“Majlis pertunangan akan diadakan sebelah petang di Melawati, Insya-Allah kami merancang untuk bernikah pada Mac tahun depan.

“Saya sudah bersedia ke arah itu. Alhamdulillah, saya pun sudah stabil daripada segi kewangan dan emosi.

“Dia pun bekerjaya. Keluarga pun memberi restu hubungan kami untuk hidup bersama,” katanya kepada BH Online.

Ditanya mengenai Aliff, Sakinah menyifatkan jejaka yang berjaya menawan hatinya itu sebagai seorang yang cukup ringkas.

“Dia tak banyak hal, jenis tak kecoh. Pendek kata dia selamba. Malahan tak ambil tahu langsung fasal industri seni,” katanya.  – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.