Messi Hampiri Rekod La Liga Milik Legenda, Zarra

Barcelona – Lionel Messi kini hanya kurang dua gol daripada muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab Barcelona.

Bintang Argentina itu menyumbat satu gol ketika pasukannya menewaskan Rayo Vallecano 2-0 dalam saingan La Liga di laman lawan, hari ini manakala satu lagi sumbangan Neymar.

Ini adalah gol ke-249 dalam liga untuk Messi dan dua di belakang pemain legenda dari Athletic Bilbao, Telmo Zarra yang menjaringkan 251 gol pada 1940-an dan 1950-an.

Messi juga sudah menjaringkan 10 gol daripada tujuh pertemuan La Liga menentang Rayo Vallecano.

Barcelona pimpinan Luis Enrique juga berjaya mencari penawar duka dengan kemenangan ke atas Vallecano selepas tewas buat pertama kali, musim ini apabila kecundang kepada Paris St Germain 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu. – BBC Sport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.