Lelaki Mati Dalam Kereta

Sentul – Seorang pengawal keselamatan ditemui mati dalam sebuah kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bandar Baru Sentul, pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.37 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun itu ditemui dalam keadaan duduk di kerusi pemandu, dengan tingkap kereta tidak ditutup.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy, berkata pemeriksaan awal mendapati, tiada kesan kecederaan pada badan mangsa dan barang peribadi mangsa juga masih ada.

“Siasatan awal mendapati, mangsa mempunyai rekod penyakit kencing manis dan sudah bekerja kira-kira tujuh tahun sebagai pengawal keselamatan,” katanya.

Sehubungan itu, jelasnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.