Kaki Termasuk Dalam Lubang Jamban

Temerloh – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menanggung kesakitan hampir satu jam, apabila kaki kanannya terperosok dalam lubang tandas di rumahnya, di Taman Sri Semantan, kelmarin.

Ketua Zon II Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Shahrin Yusmar Mat Yusof, berkata kanak-kanak itu yang meraung kesakitan, diselamatkan sepasukan anggota bomba yang dikejarkan ke rumah keluarga mangsa, beberapa minit selepas menerima panggilan daripada penjaganya kira-kira jam 3 petang.

“Sejurus tiba, kami dapati kaki kanak-kanak itu terbenam dalam lubang tandas hingga ke lutut dan membengkak.

“Pelbagai usaha kami lakukan untuk mengeluarkan kaki mangsa, termasuk menggunakan minyak dan gris sebagai pelincir, namun semua itu gagal,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, pada Sabtu.

Tambahnya, usaha terakhir yang boleh mereka lakukan untuk mengeluarkan kaki mangsa ialah memecahkan keliling mangkuk tandas, tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati.

Ini kerana, jelasnya, batu-batu konkrit di sekeliling lubang tandas itu boleh mencederakan kaki kanak-kanak terbabit, kerana ia lebih tajam daripada pisau.

Katanya, bomba mengambil masa sembilan minit untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu, sebelum dia dibawa ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.