F1: Hamilton Juarai GP Jepun, Bianchi Ke Hospital

Tokyo – Lewis Hamilton merakamkan antara kejayaan terbaik dalam Formula Satu (F1) apabila menjuarai Grand Prix Jepun, hari ini dalam keadaan litar yang basah untuk melebarkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan.

Namun, perlumbaan kali ini dibayangi pelanggaran membabitkan pemandu Marussia, Jules Bianchi yang terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tidak sedar diri.

Perlumbaan di Litar Suzuka itu terpaksa dihentikan sejurus selepas insiden itu.

Hamilton memintas rakan sepasukan, Nico Rosberg untuk mendapatkan cengkaman pendahuluan dan gambaran dirakamkan pada ketika itu itu akan diingat untuk bertahun-tahun lamanya.

Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel mendapat tempat ketiga di hadapan rakan sepasukan, Daniel Ricciardo dan Jenson Button dari McLaren.

Hamilton melebarkan pendahuluan dalam kejuaraan pemandu kepada 10 mata dengan baki empat perlumbaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.