Enam Dipercayai Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Di Rompin

Kuantan – Enam dipercayai sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta lain di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin Sabtu malam.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata nahas berlaku kira-kira jam 8.15 malam.

Beliau berkata mangsa yang terlibat merupakan tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum diketahui dan mayat kini masih berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan.

Menurut ketua polis itu, bomba dan ambulans kini di lokasi kejadian untuk operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa terbabit.

Beliau berkata mangsa yang cedera juga masih belum dipastikan jumlahnya namun mereka dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan.

Katanya, punca kemalangan masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.