Azmin Ali Mahu Rakyat Selangor Jadikan Malcolm X Sebagai Contoh

Kuala Lumpur – Menteri Besar (MB) Selangor, Mohamed Azmin Ali menyeru rakyatnya mencontohi pengalaman Haji Abdul Malik al-Shabaz atau lebih dikenali sebagai Malcolm X, dalam menghayati erti pengorbanan sebenar.

Beliau melalui perutusan sempena sambutan Aidiladha 1435 hijrah turut semangat perpaduan dan persaudaraan sesama manusia serta sikap bertoleransi.

“Umat Islam di negeri Selangor perlu menjadikan pengalaman Malcolm X sebagai iktibar untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran yang subur hari ini.

“Demokrasi menyeluruh, kemerdekaan dan kebebasan hak asasi manusia serta toleransi dalam masyarakat majmuk tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan,” katanya.

Mohamed Azmin menambah, ibadah korban juga menuntut umat Islam memahami makna lebih meluas, termasuk pengorbanan masa serta tenaga, bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Beliau yang mengambil alih jawatan MB daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 23 September lalu, turut mengambil semangat korban sempena sambutan Hari Raya Korban, dalam merealisasikan perancangan pentadbiran negeri Selangor.

“Justeru, ibadah korban juga menuntut kita memahami makna lebih meluas tentang pengorbanan, termasuk pengorbanan masa dan tenaga akliah untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara efektif dan efisien.

“Harapan kita, pengorbanan ini membuka ruang seluasnya untuk kita merealisasikan negeri Selangor sebagai Negeri Pembangunan. InsyaAllah, kita boleh mencapai pembangunan untuk semua,” jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu.

2 thoughts on “Azmin Ali Mahu Rakyat Selangor Jadikan Malcolm X Sebagai Contoh

  • October 5, 2014 at 2:57 pm
    Permalink

    menarik untuk kita semua ambil peduli tentang ucapannya dan harap-harap ia tidak sekadar paluan tong kosong bunyinnya sahaja kuat tetapi isinya kosong…….

    Reply
  • October 5, 2014 at 3:07 pm
    Permalink

    aku harap azmin tidak jadi klon orang lain, biarlah azmin jadi menteri besar yang paling hebat dalam sejarah negeri selangor, bebas daripada sebarang masalah yang dibenci rakyat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.