30 Tentera Maut, 70 Lain Cedera Dalam Dua Letupan

Benghazi – Seramai 30 tentera Libya terbunuh dan 70 yang lain cedera dalam dua serangan bom berani mati dan pertempuran yang berlaku di bandar pelabuhan Benghazi kelmarin.

Para pegawai hospital berkata, seramai empat orang terbunuh dalam satu serangan berasingan oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) di sebuah pusat pemeriksaan sempadan di Qubah.

Sementara itu, seorang komander tentera memberitahu Reuters, dua buah kereta yang penuh berisi bahan letupan merempuh sebuah pusat pemeriksaan sempadan berdekatan lapangan terbang tentera dan awam Benghazi yang mengorbankan tiga anggota tentera Wanis Bukhamada. Empat orang awam turut terkorban di dalam insiden tersebut.

Katanya, seorang pegawai hospital menjangkakan jumlah kematian seramai 30 orang dan 70 yang lain cedera. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.