Kempen Beli Produk Muslim, Bumiputera Diperluas Ke Seluruh Negara – PPIM

KUALA LUMPUR – Orang Islam sepatutnya menjadikan pembelian produk keluaran muslim sebagai salah satu jihad walaupun mungkin lokasinya agak jauh atau harga sedikit mahal berbanding barangan biasa.

Menurut Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, orang Islam sepatutnya tidak terlalu berkira untuk mendapatkan produk keluaran muslim.

Dalam pada itu, bagi memudahkan pengguna dan peniaga, PPIM katanya bakal memperkenalkan satu aplikasi mudah alih yang memaparkan maklumat mengenai produk keluaran muslim.

Ini sejajar dengan Kempen Beli Produk Muslim yang dianjurkan oleh PPIM bersama Gerakan Pembela Ummah ke seluruh negara.

Kempen tersebut, menurut Nadzim, adalah satu platform menggabungkan usahawan, peniaga dan pengguna untuk manfaat semua pihak.

Aplikasi berkenaan dijangka dilancarkan selewat-lewatnya pada bulan Syawal depan.

“Ini bukan satu kempen yang rasis tetapi kalau bukan (kita) orang Islam yang menyokong produk keluaran muslim, siapa lagi?

“Tambahan pula, sebagai seorang Islam, mencari makanan yang halalan taiyyiban adalah satu kewajipan,” katanya semasa sidang media selepas pelancaran Kempen Beli Produk Muslim di sini, pada Isnin.

Lain-lain berita;

Enam Lagi Klip Video Seks Dikaitkan Dengan Menteri Muncul Hari Ini

Skim Pencen Tiada Lagi Mulai 2020, Jimatkan Belanja Kerajaan – KP JPA

Majlis disempurnakan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh.

Menurut Nadzim, aplikasi mudah alih itu bakal menyenaraikan produk-produk dan keluaran usahawan muslim dan lokasi untuk mendapatkannya.

“Produk keluaran muslim bukan terhad kepada makanan dan minuman sahaja tetapi merangkumi semua jenis barangan.

“Hari ini contohnya, kita ada cat dan semburan anti-kuman yang mana kita tahu bukan untuk dimakan tetapi asalkan ianya dikeluarkan oleh orang Islam, kami mengiktirafnya sebagai produk keluaran muslim,” katanya.

Dengan itu, Nadzim menyeru semua usahawan dan pengeluar produk muslim untuk menyertai kempen berkenaan bagi menggerakkan ekonomi umat Islam dan dalam masa yang sama memberikan lebih banyak pilihan halalan taiyibban kepada pengguna. – MalaysiaGazette

Lain-lain berita;

Tiap Kali Lim Guan Eng Buka Mulut Pelabur Lari dan Saham Jatuh – Shamsul

Mark Adam Berdoa Semoga Ibu Peluk Islam

Anai-Anai’ Dah Kuasai Putrajaya Baru Nak Menyesal – Tok Mat

PPIM Akan Lancar Aplikasi Mantapkan Kempen Utama Produk Muslim, Bumiputera

One thought on “Kempen Beli Produk Muslim, Bumiputera Diperluas Ke Seluruh Negara – PPIM

  • September 6, 2019 at 3:35 pm
    Permalink

    Macam mana nak daftar sebagai pengusaha Muslim?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.