‘Warna Rambut, Saya Digelar Wanita Jahat’

Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila dilabel sebagai wanita jahat hanya kerana mewarnakan rambutnya.
 
Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 32, berkongsi luahan hatinya menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam, lapor Gempak.
 
Kata Zara, mereka yang memberikan kata-kata negatif seperti itu tidak layak untuk tentukan hidupnya.
 
“Sebab warna rambut, saya dilabel wanita jahat. Hurm kesian pada yang ada masalah fikiran. Saya hanya mampu berhuhuhu. Bersihkan hati, maafkan manusia lain sebelum tidur.
 
“Dan yang penting, awak tiada hak untuk tentukan hidup saya dan hidup manusia lain. Awak tentukan hidup awak sendiri yang belum tentu lurus jalannya. Good night,”tulisnya.
 
Menerusi ruangan komen, Zara turut menjelaskan tindakan mewarnakan rambutnya itu bukan sekadar suka-suka tetapi atas tuntutan watak lakonannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.