Tiga Maut Bot Tundaan Terlepas Dari Kenderaan

Beijing – Tiga orang maut selepas sebuah bot yang ditunda di belakang kenderaan pacuan empat roda terlepas dan merempuh sebuah kedai di tepi jalan.

Kemalangan yang berlaku di Dalian, wilayah Liaoning kelmarin turut menyebabkan 11 orang cedera, lapor The Beijing News.

Kedai itu dipenuhi pelancong ketika kejadian.

Pemandu kenderaan terbabit ditahan di tempat kejadian dan berdepan tuduhan mengancam keselamatan awam kerana membuat tingkah laku berbahaya.

Mengangkut bot di atas jalan raya tanpa lesen khusus menyalahi undang-undang di China.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana bot itu boleh terlepas dari kenderaan berkenaan.

Pemandu berusia 39 tahun itu yang berasal dari Xinmin berkata, dia menyewa bot itu dan mahu membawanya ke limbungan.

Tiada butiran diberikan mengenai mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kejadian. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.