Taufan Irma Hampiri Carribean Tahap Empat

SAN JUAN – Kekuatan Taufan Irma meningkat kepada Kategori Empat ketika ia menghampiri Kepulauan Leeward di Carribean.

Menurut AFP/AP, ia mencetuskan amaran berbahaya dari Carribean hingga ke Florida, sehingga memaksa pihak berkuasa Florida mengisytiharkan darurat, lapor RTM.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat, pada pukul 9 malam waktu tempatan, kelajuan angin yang dibawa taufan itu sekitar 215-kilometer sejam.

Kekuatannya dijangka terus meningkat dalam tempoh 48 jam akan datang.

Irma diramal membadai bahagian utara Kepulauan Leeward pada malam Selasa atau pagi Rabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.