‘Tanpa GST Program Wanita Tiada Dana’

Pelbagai program akan tidak mendapat dana jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan, kata Perdana Menteri Najib Abdul Razak di hadapan hadirin wanita sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) hari ini.

Najib berkata demikian sebagai menjawab beberapa hadirin yang meminta peruntukan dalam program masing-masing.

“Anda ada pelbagai permintaan, semua orang mahu peruntukan untuk program mereka, tapi kita (kerajaan) juga memerlukan modal.

“Sebab itu, jika anda mengkritik GST, jika anda memburukkan GST, tolong ingat, bahawa ia (GST) adalah sumber mendapatkan peruntukan program anda.

“Jika anda memansuhkan hasil RM42 bilion yang ia (GST) sumbangan kepada ekonomi negara, semua program di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak akan dapat dilaksanakan. Sama juga halnya dengan program kesihatan dan pendidikan.

“Saya tidak cuba perdaya anda, saya menteri kewangan,” kata Najib.

Beliau kemudian menyelar pembangkang kerana ingin memansuhkan GST dalam 100 hari pertama menubuhkan kerajaan.

 

“Pembangkang banyak tipu… sumber pendapatan perlu didapatkan dengan cara tertentu.

“Cakap memang senang, tapi sebagai perdana menteri, saya cuma berjanji hal-hal yang saya boleh laksanakan,” tambahnya.

Sesi dialog TN50 itu diadakan sempena Hari Wanita Kebangsaan.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.