Taman Ilmu Di Besut Mula Beroperasi

BESUT – Taman Ilmu memulakan operasinya hari ini susulan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa) mengambil langkah menyewa dua blok bangunan yang dijadikan kolej kediaman bagi 1,500 penuntutnya, lapor Bernama.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata hasil kerjasama kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), bangunan itu telah dibaik pulih untuk digunakan sebagai kolej kediaman pelajar baharu yang melapor diri bulan ini.

Termasuk proses mengubah suai dan mengecat semula dua blok bangunan dengan setiap blok menelan belanja sebanyak RM10 juta.

Beliau berkata selepas merasmikan pembukaan kolej kediaman berkenaan.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Naib Canselor UniSZa Datuk Profesor Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latiff.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.