Putera William, Kate Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga

Pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton dilaporkan bakal menimang cahaya mata ketiga.

Perkara itu diumumkan lebih awal memandangkan Kate, 35, terpaksa membatalkan satu acara rasmi kerana mengalami alahan mengandung atau Hyperemesis Gravidarum seperti dua kandungannya sebelum ini, lapor Gempak.

Berita itu turut dikongsikan di twitter rasmi istana, Kensington Palace.
 

The Duke and Duchess of Cambridge are very pleased to announce that The Duchess of Cambridge is expecting their third childpic.twitter.com/DZCheAj1RM

— Kensington Palace (@KensingtonRoyal)September 4, 2017

Kate pernah memberikan petunjuk awal untuk menerima cahaya mata lagi pada Julai lalu selepas pasangan itu pulang bercuti dari Poland.

Namun tidak dimaklumkan berapa usia kandungan Kate ketika ini, tetapi banyak akhbar tabloid meramal Kate bakal melahirkan anak ketiganya pada Mac atau April tahun hadapan.

Pasangan diraja berkahwin pada tahun 2011 dan telah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Putera George dan Puteri Charlotte.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.