PM Terima Kunjungan Hormat Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR  – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun di pejabatnya di Putrajaya.

Datuk Seri Najib mengucapkan tahniah atas pelantikan Mohamad Fuzi ke jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia, berkuat kuasa semalam bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib, lapor Bernama.

“Menerima kunjungan hormat Datuk Seri Fuzi Harun pagi ini. Tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara ke-11 dan selamat bertugas,” kata Najib di laman Twitter rasminya.

Perdana Menteri turut memuat naik gambar beliau bersalaman dengan Mohmad Fuzi.

Mohamad Fuzi, 58, yang sebelum ini ialah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, menyertai pasukan beruniform itu pada 8 Jan 1984 sebagai kadet ASP di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah Inteligen Politik E4 Cawangan Khas Bukit Aman, Penolong Pengarah Cawangan Khas (Bahagian Politik dan Risikan) yang memangku pangkat SAC I pada 2006 dan Pengarah Cawangan Khas pada Julai 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.