Isteri Potong, Buang ‘Anu’ Suami Dalam Tandas

Selepas berang apabila suaminya sentiasa menghabiskan masa dengan bermain golf bersama seorang wanita di kota Yeosu, Korea Selatan, wanita berusia 54 tahun itu telah bertindak ganas.

Laporan Mirror menyebutkan, wanita yang hanya disebut sebagai Kim ini memotong kemaluan suaminya dengan sebuah pisau dapur ketika sedang tidur.

Kim kemudiannya membuang kemaluan suaminya itu begitu saja di tandas rumah mereka.

Peristiwa ini menggemparkan kejiranan pasangan itu apabila menemui si suami dalam keadaan kesakitan dan dipenuhi darah di lantai rumahnya.

Menurut jirannya, mereka tidak pernah terdengar konflik antara suami-isteri tersebut.

Namun ketika isterinya disiasat, dia menceritakan suaminya telah lama mengabaikannya.

Malah, suaminya dilaporkan selalu menggunakan kekerasan fizikal terhadap dirinya.

Tambahnya, suaminya tidak pernah melayaninya dan hanya sibuk menghabiskan masa luang dengan bermain golf.

Bagaimanapun, polis meragui serangan itu dan dipercayai kemungkinan serangan terbabit kerana berpunca dari sikap curang suami.

Kes masih di siasat.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.