Heboh Kisah Kanak-Kanak Disunatkan Oleh Makhluk Halus

Penduduk di Kota Tangerang, Indonesia, dikejutkan dengan cerita bahawa seorang kanak-kanak lima tahun tiba-tiba sahaja dikatakan telah disunatkan dan dipercayai oleh penduduk dilakukan oleh makhluk halus.

Menurut ibu saudara kanak-kanak itu, Pipit, 27, anak saudara iaitu Kiko baru pulang bermain bola di padang berhampiran rumah dan apabila balik, ibunya terkejut melihat alat sulit kanak-kanak itu seperti telah disunat.

Pipit kemudiannya memaklumkan kepada penduduk di situ dan selepas berita itu tersebar, rumah mereka menjadi tumpuan ramai.

Kiko merupakan anak sulung pasangan Siti Khodijah dan Heri.

“Kami bawa Kiko menemui seorang ustaz dan katanya ini ajaib. Kiko telah disunatkan oleh makhluk halus atau jin,” kata Pipit.

Menurut Pipit, Kiko memang meminta kepada orang tuanya untuk disunatkan tetapi mereka tidak mengizinkannya kerana masih terlalu muda.

“Kiko tidak menangis malah gembira,” katanya yang memaklumkan Kiko turut dibawa ke klinik dan disahkan oleh doktor bahawa kanak-kanak itu telah disunatkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.