Gurauan Melampau, Pengusaha Muda Dikecam Netizen

Pengusaha muda, Asyalliee Ahmad atau dikenali sebagai Syasya Selero ini telah membuatkan pengikut di laman sosialnya mengecam tindakannya.

Menerusi Insta Storiesnya, Asyalliee didakwa sanggup menjual barangan mekap miliknya pada orang ramai kerana terdesak memerlukan duit untuk makan pada hari esok.

“Saya ingat saya nak jual barang-barang make up saya. Walaupun berat hati tapi terpaksa sebab saya dah tak de duit nak makan ni.

“Ada barang make up yang saya dah pakai sekali dua, ada yang belum sentuh lagi. Jap lagi saya upload story barang makeup yang saya nak jual.

“Dalam bank saya betu-betul ada RM50 je ni. Cukup untuk hari ini makan. Esok ta ktahu nak makan apa dah,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Asyalliee juga memberitahu suaminya ingin jual semula PS4 kesayangannya kerana sebab yang sama.

Walaupun terlalu berat untuk mereka jual kesemua barang ini namun kerana terlalu terdesak mereka terpaksa melakukannya.

Namun selang beberapa minit, Asyalliee mula muat naik update sekali lagi di Insta Stories yang memaparkan wajahnya bertudung hitam dan berkaca mata memberitahu semua ini hanya sekadar gurauan.

Malah, Asyalliee juga memberitahu tiada apa-apa pun yang terjadi sebenarnya, sebaliknya hanya bergurau kerana tahu haters memang sukakan perkara-perkara seperti ini.

“Benda takde apa pun tadi. Haters suka en. Hahahahahahaha,” tulisnya.

Dia juga memberitahu tidak mungkin akan menjual semua barangan kesayangannya itu kerana dikatakan ‘nyawa keduanya’ selepas suaminya.

“Gila awak semua saya nak jual barang makeup saya. Itu nyawa kedua saya selepas abam eboy okayyyy please haha,” tulisnya lagi, petik MH.

Terkejut dengan gurauan melampau yang dilakukannya, ramai netizen memberi respons terhadap perkara ini.

Malah ramai juga tidak berpuas hati dan menganggap Asyalliee terdesak ingin mencari perhatian.

Bukan itu sahaja, ramai juga berharap agar Asyalliee tidak lagi bergurau seperti ini kerana bimbang jika segala kemewahan dan nikmat hidupnya ditarik semula olehNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.