Gara-Gara Tayang Gambar Kekayaan Dan Wang Ringgit Di Media Sosial Lelaki Ini Dibunuh Perompak

Bagi anda yang suka mempamerkan kekayaan dalam media sosial, berhati-hati.

Terdapat kejadian di mana seorang lelaki menunjukkan kekayaan di media sosial Facebook hingga mengakibatkan dia menjadi perhatian perompak.

Lelaki bernama Tony Harris, 50, itu dibunuh oleh sekumpulan perompak kerana dia memuat naik gambar isterinya Amber Crane memegang wang berjumlah ratusan ribu ringgit.

“Saya salah letak US$60,000. Semoga isteri saya tidak membelanjakan semuanya,” tulisnya pada kapsyen gambar itu.

Seperti yang dilaporkan oleh DailyMail, tiga minggu kemudian, rumah Tony dimasuki perompak. Dia ditangkap dan diacukan pistol di kepalanya, sementara isterinya ditangkap oleh seorang perompak lain.

Perompak tersebut terus menggeladah rumah Tony untuk mencari wang terbabit. Apabila Tony memberitahu bahawa wang itu tidak ada, perompak itu marah dan menembak kepala Tony sehingga dia mati di tempat kejadian.

Ketiga-tiga anak Tony dan isterinya juga menyaksikan pembunuhan tersebut.

Polis mengatakan bahawa pembunuhan Tony berlaku disebabkan diamempamerkan wang di Facebook.

“Sebenarnya duit itu tidak ada. Perompak tersebut berusia di antara 17 dan 19,” kata Ketua Penyiasatan Pembunuhan Polis Philadelphia, James Clark.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.