Bella Buat Doa Selamat Sebelum Bergelar Isteri Emran

 Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella telah memuat naik foto mengadakan majlis doa selamat di akaun sosial Instagram (IG)nya.

 Majlis tersebut juga dikatakan sebagai tanda kesyukuran sebelum dia melangsungkan pernikahan dengan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran, lapor Gempak.

 Menerusi entri di IG, majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Bella.

Bella yang anggun berbaju rona lavender itu dilihat membaca Yaasin yang tertera huruf BE pada kulitnya, dipercayai mewakili nama Bella dan Emran.

Suasana pilu apabila Bella memeluk seluruh ahli keluarganya pada majlis tersebut.

Difahamkan Bella bakal berangkat ke Malaysia untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Engku Emran dijangka pada 9 September ini.

Menerusi kapsyen yang ditulis, jelas menunjukkan majlis tersebut sangat bermakna buat dirinya sebelum melangkah ke hari bahagia.
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.