AS Bakal Kenakan Sekatan Baharu Terhadap Pyongyang

NEW YORK – Washington mendakwa Pyongyang inginkan peperangan.

Menurut AFP, dakwaan itu dibuat oleh Duta Amerika Syarikat ke PBB, Nikki Haley dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB di New York, lapor RTM.

Menurut beliau, Washington akan mengemukakan resolusi sekatan baharu dalam tempoh beberapa hari akan datang dengan jangkaan proses pengundian boleh diadakan Isnin depan.

Amerika sedang mengusahakan untuk mengenakan sekatan paling keras terhadap Pyongyang, ekoran tindakan negara komunis itu melancarkan ujian nuklear keenam yang disifatkan paling kuat.

Tegas Haley, hanya sekatan paling keras dapat menyelesaikan isu tersebut menerusi diplomasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.