Agensi Nafi Spekulasi Jantina Bakal Anak Rain, Kim Tae Hee

Gosip pasangan selebriti terkenal Korea, Rain dan Kim Tae Hee bakal menimang cahaya mata perempuan pada penghujung Oktober depan menjadi tular di media sosial.
 
Agensinya menafikan spekulasi mengenai jantina anak kesayangan Rain dan Kim Tae Hee itu.
 
“Kim Tae Hee dijangkan bersalin pada penghujung Oktober atau awal November depan. Mengenai jantina anak, itu merupakan kehidupan peribadi mereka.
 
“Rain dan Tae Hee juga tidak mendedahkan jantina anak pertama mereka dan kami (agensi) juga tidak mengetahui mengenai jantina anak mereka,” katanya seperti yang dilapor Soompi, petik Gempak.
 
Terdahulu, Rain dan Tae Hee telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 Januari lalu dalam satu majlis tertutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.