Saya Tak ‘Hadap’ Anugerah – Yusof Haslam

KUALA LUMPUR – Jutawan filem tersohor, Datuk Yusof Haslam (gambar) kecewa apabila wujudnya dakwaan mengatakan beliau terbabit mempe­ngaruhi keputusan juri dalam menentukan pemenang pada Festival Filem Malaysia ke-28.

 

Menurut Yusof, adalah se­suatu yang tidak adil sekiranya kemenangan filem terbitan Skop Production dalam beberapa kategori anugerah utama dilihat sebagai campur tangan dirinya, yang juga Presiden Persatuan Penerbit Filem (PFM).

 

“Setiap kali anak saya, Syamsul Yusof menang anugerah, orang menganggap ia adalah kerana pe­ngaruh saya. Apakah ini sesuatu yang adil untuk saya dan juga untuk anak-anak saya? Untuk pengetahuan, saya bukan jenis orang yang ‘hadap’ kepada anugerah.

 

“Bagaimanapun, jika juri memilih filem kami, saya terima. Bagi diri saya, anugerah bukan soal utama, sebaliknya yang lebih penting ialah bagaimana untuk membuat sebuah filem yang diterima di pawagam. Le­bih banyak filem dapat sambutan di pawagam, industri kita akan lebih berjaya,” katanya.

 

Filem Munafik terbitan Skop Production arahan Syamsul Yusof diangkat sebagai Filem Nasional Terbaik di FFM28 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi. (Keputusan penuh FFM28 di muka surat 29, ruangan HITS)-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.