Saya Bukan Mahu Berdamai Dengan Beliau – Tun M

KUALA LUMPUR – “I’m not making peace with him (Saya bukan mahu berdamai dengan beliau).”

 
Itu kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika ditanya pertemuannya dengan bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi hari ini, lapor Utusan.

 

 

Tun Mahathir memberitahu, kehadirannya ke mahkamah adalah semata-mata untuk mengikuti kes saman Anwar yang memohon pengisytiharan bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 yang berkuat kuasa semalam sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

 

 

“Saya berminat dengan kes ini kerana membabitkan keselamatan negara. Perkara ini ada ditulis dalam blog saya,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

 

Beliau juga menjawa ‘Tiada” ketika ditanya sama ada pertemuan kira-kira 20 minit di bilik saksi mahkamah turut membabitkan ‘kisah-kisah lama’kedua-dua bekas pemimpin negara itu.

 

Pertemuan empat mata diantara kedua-dua mereka selepas 18 tahun pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 

Ketika ditanya sama ada beliau menyokong Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya pembangkang mentadbir negara, Tun Mahahir menjawab perkara itu terlalu awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.