Samsung Malaysia Turut Gantung Jualan Galaxy Note 7

KUALA LUMPUR — Samsung menghentikan semua jualan Galaxy Note 7, selepas 35 kes behubung sel bateri dilaporkan di seluruh dunia sehingga 1 September.

 

“Kami sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dengan pembekal kami bagi mengenal pasti bateri yang terjejas dalam pasaran.

 

“Memandangkan keselamatan pelanggan merupakan keutamaan di Samsung, kami menghentikan jualan Galaxy Note 7,” kata Samsung Malaysia Electronics menerusi satu kenyataan di sini.

 

Syarikat itu juga akan menggantikan peranti sedia ada daripada pembeli yang sudah pun memiliki Galaxy Note 7 dengan alat baharu pada minggu-minggu akan datang.

 

Pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedudukan peranti Galaxy Note 7 mereka sedia ada sebelum sebarang penggantian dilakukan.

 

“Kami akan berusaha untuk memastikan penggantian yang selesa dan cekap,” kata syarikat itu. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.