PM Singapura Kembali Bertugas

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berkata beliau sudah sihat ketika muncul dalam temubual langsung di televisyen hari ini selepas hampir pitam dua minggu lalu ketika berucap sempena sambutan hari kebangsaan.

 

Lee yang muncul kali pertama selepas insiden itu memberitahu saluran Channel 5, doktor yang merawatnya membuat kesimpulan beliau mengalami ‘sinkop vasovagal’ (pengsan akibat pencetus tertentu).

 

“Saya baik-baik saja. Doktor memeriksa saya dengan teliti pada malam itu dan selepas itu meneliti semua punca yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku. ‘

 

“Bahasa mudahnya ia bermaksud: ‘anda berdiri dan pengsan’.

 

 

Mujur ia bukan sesuatu yang lebih teruk dan tiada apa-apa berlaku namun saya berehat selama seminggu dan kini kembali bertugas,” kata Lee yang kini berada di China menghadiri Sidang Kemuncak G20. – Reuters

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.