Pendrive TMJ Tiada Maklumat Rasuah FAM – SPRM

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah selesai meneliti kandungan pemacu pena (pendrive) yang diserahkan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaat lalu.

 

Menurut kenyataan SPRM pada Isnin, hasil penelitian terhadap isi kandungan pendrive itu didapati ianya tidak mengandungi sebarang unsur rasuah mengikut Akta SPRM 2009.

 

“SPRM akan menghantar satu laporan mengenai siasatan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam tempoh terdekat ini bagi proses penambahbaikan dan tindakan persatuan itu khususnya mengenai isu-isu teknuikal yang telah dibangkitkan,” jelas Pengarah SPRM, Datuk Azam Baki dalam kenyataan tersebut.

 

Pada Jumaat lalu, Khairy menyerahkan pemacu pena dan senaskah salinan kandungan laporan setebal 279 muka surat kepada pengarah  SPRM untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

 

Khairy berkata, pendrive serta naskah yang diserahkan itu merupakan bahan asal sepertimana yang diterimanya daripada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 26 Ogos lepas. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.