Orang Dalam Gambar Intim Itu Bukan Saya – Syura

KUALA LUMPUR – Penyanyi Syura hari ini menafikan dirinya melakukan aksi intim di dalam gambar yang menjadi viral di media sosial.

 

Pelantun lagu Nazam Berkasih itu turut terkejut apabila dirinya terpalit dengan kontroversi tersebut.

 

“Bagaimana boleh dapat gambar itu?” soalnya memetik laporan Utusan.

 

Paparan aksi mesra seorang lelaki sedang memeluk dan mencium seorang wanita dinafikan sekerasnya oleh Syura.

 

Menurut Syura, dia masih waras dan tidak akan melakukan tindakan yang boleh memburukkan nama sendiri.

 

 

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, gambar tersebut memang sah bukan saya. Saya sendiri tidak tahu bagaimana gambar itu wujud,” katanya.

 

 

Sumber memaklumkan bahawa lelaki berkenaan adalah suami orang dan mereka mempunyai hubungan istimewa.
Sumber berkenaan turut menyertakan screenshot perbualan mesra dikatakan antara Syura dengan lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Mr. R’ yang merupakan anak seorang kenamaan berasal dari Sarawak dan sudah menceraikan isterinya gara-gara hubungan itu.

 

 

Mengulas mengenai ‘Mr. R’, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 31, mengakui mengenali lelaki itu, namun hubungan mereka lebih bersifat jalinan kekeluargaan.

 

 

“Saya akui kenal dia, malah dengan ayahnya juga. Tetapi hubungan kami rapat seperti keluarga. Soal saya meruntuhkan rumah tangganya juga tidak benar sebab dia masih suami orang,” katanya.

 

 

Tidak menolak ada pihak yang cuba menjatuhkan imej­nya, juara program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua itu tidak mahu ambil pusing, sebaliknya mahu fokus untuk meneruskan kerjayanya demi kelangsungan hidup.

 

 

“Saya ada baca beberapa komen di sebuah laman sesawang baru-baru ini mengatakan saya ke Sarawak dengan alasan yang tidak baik. Bagi saya memang ada yang cuba menjatuhkan saya.

 

 

“Sebagai artis inilah yang perlu saya hadapi dan sentiasa bersedia dengan perkara sebegini. Saya sudah melalui keadaan yang sama ketika kisah perceraian hebat diperkatakan. Memang orang hanya akan menghukum tanpa tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.