Malaysia Bakal Muflis? Wahai “Tun Daim” Berhentilah Menipu

KUALA LUMPUR – Media sosial sering menjadi medium penyebaran berita palsu dan terbaru pembangkang menggunakan nama bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai ‘wahyu syok sendiri’ untuk mencetuskan panik rakyat terhadap ekonomi negara.

 

Blogger Lim Sian See menerusi blognya mendedahkan individu yang menggunakan nama “Tun Daim” menuduh ekonomi negara akan terus mundur dengan mata wanga negara akan jatuh ke tahap RM4.50 berbanding US1 Dolar pada penghujung September.

 

“Mata wang naik dan turun. Ketika ini kedudukan kita adalah US1 dolar kepada RM4.00 tetapi kita berkedudukan US1 Dolar kepada RM4.47 pada awal tahun ini. Kehidupan kita tidak berubah apabila ringgit jatuh dari RM3.20 kepada RM4.00 beberapa tahun kebelakangan.

 

“Kita juga tidak menjadi kaya secara tiba-tiba apabila mata wang meningkat dari RM3.73 kepada RM3 pada 2008 sehingga 2012. Begitu juga dengan (ekonomi) United Kingdom tidak menjunam apabila pound UK jatuh dari £1 kepada RM6.75 pada Oktober 2015 kepada RM5.20 baru-baru ini,” katanya menjawab kepada tuduhan “Tun Daim”.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penyebaran mesej palsu menggunakan nama Tun Daim sebagai kredit kenyataan tersebut.

 

“Tun Daim” berkenaan kata Lim Sian See juga menyentuh mengenai isu berkaitan Rizab Bank Negara Malaysia (BNM) pada kadar RM101 bilion berbanding hutang negara melonjak kepada RM614,880,270 bilion disamping menggesa rakyat berhenti pelaburan didalam mana-mana perusahaan, hartanah, atau kenderaan.

 

Lim Sian See kemudiaan mendedahkan jumlah sebenar rizab BNM didalam mesej berkenaan adalah tepat namun “mata wang yang salah.”

 

“Rizab BNM semasa bukan RM101 bilion tetapi US101 bilion Dolar (atau sekitarnya kerana ianya meningkat juga) bermaksud RM400 bilion. Saya terkejut apabila “Tun Daim” membuat kesilapan bodoh,” katanya.

 

Berkata lanjut, isu berkaitan hutang kerajaan tidak boleh dibandingkan secara terus dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang pada ini pada kadar 54% peratus (hutang).

 

“Pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri pada 1982, beliau melonjakkan ratio hutang dari 40% kepada lebi 100% dalam tempoh 5 tahun tetapi kita tidak muflis. Begitu juga kita tidak akan muflis pada kadar 54% sekarang,” katanya.

 

Lim Sian See turut menambah, Malaysia menerusi  CIA’s world factbook ditangga 71 dari 141 negara yang mempunyai nisbah hutang dengan KDNK yang tinggi.

 

“Bermakna 70 negara lain akan muflis dahulu sebelum tiba giliran Malaysia – termasuk Jepun, Singapura, UK, USA, Jerman dan lain-lain,” katanya.

 

 

Ujarnya, pembangkang sering menggunakan taktik seumpama ini dengan menyebarkan tuduhan palsu disamping fakta terpesong lagi berbohong untuk menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

 

“Bayangkan jika semua orang percaya apa yang terkandung dalam mesej (“Tun Daim”) ini dan tiada siapa mahu berbelanja dan jika tiada siapa berbelanja maka semua kedai akan gulung tikar, kilang-kilang juga akan tutup dan semua bank akan tutup operasi.

 

“Dalam pada itu, anda dan saya serta orang lain akan hilang pekerjaan atau perniagaan,” katanya lanjut menjelaskan mengenai bahaya mesej palsu berkenaan.

 

Katanya lagi, individu yang merekacipta mesej seumpama ini nyata tidak bimbang apa yang akan terjadi kepada negara hanya kerana nafsu ingin berkuasa selain menyifatkannya sebagai keji.

 

“Hentikanlah “Tun Daim” dan semua individu palsu pembenci,” tegasnya lagi. – Malaysian Digest

One thought on “Malaysia Bakal Muflis? Wahai “Tun Daim” Berhentilah Menipu

  • June 12, 2018 at 9:27 pm
    Permalink

    TUN DAIM MANTAN MENTERI KEWANGAN ..AWAK MENTERI APA? TUN DAIM CAKAP ADA ASASNYA…. KALAU DIBIAR BERTERUSAN KEMUNGKINAN MUFLIS TU ADA… AWAK TAHU APA? AWAK MR KNOW ALL.. KEYBOARD WARRIOR YG TAK TAHU CAKAP APA??? APA YG DIKATAKAN TUN DAIM ADALAH BENAR FAKTA TEPAT… AWAK DUK DIAM LAH KALAU TAK FAHAM YA….KEEP YOUR MOUTH SHUT..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.