Jangan Hakimi Uqasha!

PELAKON Elfira Loy berharap agar orang ramai terutamanya netizen tidak menghakimi pelakon Uqasha Senrose.

 

Sebelum ini, Uqasha telah mengejutkan dunia hiburan apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas tiga tahun bertudung.

 

“Bagi saya, kita tidak boleh terus menghakimi perbuatan Uqasha. Kita tidak tahu apa yang dia rasakan dan apa yang dilalui olehnya. Kita tidak berada di tempatnya. Sekiranya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan terjadi, lebih baik diam,” katanya lapor Astro Gempak.

 

Tambahnya, dia memahami perasaan yang dihadapi oleh Uqasha dan berharap agar Uqasha terus kuat menghadapi ujian tersebut.

 

“Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan ujian adalah untuk semua manusia. Mungkin apa yang orang lain lihat adalah Uqasha sedang berhadapan dengan ujian, tetapi sebaliknya, tiada siapa yang tahu.

 

“Mungkin sebenarnya kita yang sedang diberikan ujian dan Allah mahu melihat sejauh mana reaksi kita. Sejauh mana kita mampu untuk menjaga perbuatan serta percakapan daripada tidak berkata buruk dan memberikan respons negatif terhadap perkara ini.

 

“Bimbingan serta kata-kata nasihat secara positif harus diberikan, bukannya menghentam dan bersikap negatif,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.