Dua Beradik Dicemuh, Kulit Seperti Ular

NEW DELHI – Dua beradik dari Maharashtra, India terpaksa berdepan cemuhan dan ejekan penduduk sekeliling hampir setiap hari selepas menghidap penyakit misteri yang menyebabkan kulit mereka bersisik seperti ular.

 

 

Menurut portal mirror.co.uk, Sayali Kapese, 13, dan adik lelakinya, Siddhant Kapese, 11, tidak lagi ke sekolah gara-gara digelar ahli sihir dan hantu oleh penduduk tempatan di sebuah perkampungan di Pune yang takut dengan keadaan kulit mereka.

 

Penyakit tersebut dikenali sebagai Lamellar Ichthyosis yang berpunca daripada masalah mutasi genetik ketika mereka dilahirkan.

 

Penyakit yang dialami dua kanak-kanak malang itu turut menyebabkan tulang mereka rapuh dan penglihatan kabur.

 

 

Namun kedua-dua mereka mengakui, penderitaan emosi yang ditanggung akibat panda­ngan negatif masyarakat jauh lebih perit berbanding kesakitan akibat penyakit misteri itu.

 

 

Bapa mereka, Santosh yang bekerja di sebuah kilang alat ganti kereta turut kesal dengan tanggapan masyarakat dan berharap dua anaknya itu dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

 

“Orang ramai menganggap penyakit ini berjangkit. Tetapi saya menolak untuk mengurung mereka di rumah.

 

“Saya sentiasa membawa mereka keluar supaya dapat belajar berdepan de­ngan sikap negatif masyarakat. Impian saya adalah untuk melihat mereka sembuh,” katanya.

 

Mereka kini bergantung kepada ubat pelembab kulit untuk mengurangkan kesakitan dan adik bongsu mereka, Manasvi yang baharu berusia sembilan bulan bagaimanapun tidak ‘mewarisi’ penyakit tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.