Dipenjara Seludup Dadah Guna Dron

JEDDAH – Mahkamah Ringkasan di sini menjatuhi hukuman 15 tahun penjara dan 1,500 sebatan kepada seorang warga Arab Saudi kerana menyeludup dadah di penjara utama di sini menggunakan sebuah pesawat kawalan jauh kecil atau dron.

 

Peguam Negara membantah hukuman itu menyifatkannya sebagai terlalu ringan dan menggesa hukuman mati dikenakan ke atas defendan utama.

 

Kejadian itu berlaku kira-kira dua setengah tahun lalu apabila sebuah dron mendarat di atas bumbung berek 7 dan 8 di penjara Briman.

 

Ia membawa sejumlah 1,997 pil narkotik Captigon dan 115 gram hashish. Seorang ekspatriat Lubnan, yang dituduh menjual dron itu kepada penyeludup Arab Saudi, dijatuhi 10 tahun penjara, 1,000 sebatan dan dihantar pulang ke negaranya selepas selesai menjalani hukuman.

 

Seramai tujuh lagi banduan lain dihukum penjara antara tiga hingga 10 tahun manakala dua pengawal penjara, yang dituduh bersekongkol dibebaskan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.