Britain Risau Perisik Wanita China Goda Pemimpin Di Sidang G20

LONDON — Pemimpin dan pegawai utama Britain diberikan amaran agar berhati-hati godaan perisik wanita China ketika sidang kemuncak kumpulan negara maju G20 yang sedang berlangsung.

 

Mereka diberikan amaran keras untuk menjaga keselamatan termasuk ketika bersendirian di bilik hotel, yang mungkin dipasang alat intipan.

 

Jika mencurigai bilik hotel mereka dipasang alat intipan, mereka digesa tidak berbogel walau ketika bersalin pakaian, lapor portal The Independent.

 

Pegawai yang mengikuti rombongan Perdana Menteri Theresa May ke sidang itu yang diadakan di Hangzhou, China diberikan alamat emel dan telefon sementara untuk mengelak alat komunikasi ini dipintas.

 

Rombongan Gordon Brown, perdana menteri Britain waktu itu, pada 2008 pernah kehilangan telefon dan dokumen selepas mengajak seorang wanita China ke bilik hotelnya. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.