Lima Wanita Dilantik Anggota Kabinet Baru Jepun

Tokyo – Perdana Menteri Jepun melantik lima pemimpin wanita untuk barisan kabinetnya pada Rabu dengan harapan dapat memulihkan ekonomi.

Perdana Menteri Shinzo Abe mengulangi pendiriannya bahawa kempen yang digelar “womenomics”, menetapkan matlamat untuk pembabitan 30 peratus wanita untuk jawatan kepimpinan dalam sektor awam dan swasta negara itu pada tahun 2020, lapor media tempatan.

Lima daripada 18 ahli kabinet Jepun kini dalam kalangan wanita, sesuatu yang amat jarang sekali berlaku di negara matahari terbit berkenaan.

Ramai wanita berpendidikan tinggi di Jepun tetapi mereka kurang diberi jawatan yang tinggi dalam kerajaan atau syarikat.

Wanita hanya mewakili 10 peratus daripada ahli Parlimen dan hanya 3.9 peratus memegang jawatan lembaga pengarah syarikat-syarikat Jepun yang disenaraikan.

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Junichiro Koizumi pada 2001, hanya dua wanita dilantik dalam kabinet.

Lima menteri kabinet wanita yang baru dilantik adalah Yuko Obuchi, sebagai Menteri Ekonomi dan Perdagangan; Midori Matsushima sebagai Menteri Kehakiman Wanita; Sanae Takaichi sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi; Eriko Yamatani sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi Jepun dan Haruko Arimura, Menteri Keselamatan Makanan.

Kesemua lima wanita berkenaan mempunyai latar belakang dalam perundangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.