PPBM Nasihat Kumpulan Pro Anwar Tutup Mulut, Jangan Kebudak-budakan

TIDAK lama selepas Otai Reformis menggesa Tun Mahathir Mohamad serahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, giliran penyokong Perdana Menteri pula membalas.

Tariq Ismail Mustafa menggesa kumpulan penyokong Anwar itu agar ‘tutup mulut’ daripada melakukan tindakan yang bersifat kebudak-budakan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, gesaan supaya Tun Mahathir tetapkan tarikh berundur akan menganggu perjalanan Pakatan Harapan (PH) membangunkan negara.

Kata beliau, desakan Otai Reformis itu juga dilihat sebagai ego sesetengah orang.

“Tun Mahathir bukan tidak tetap pendirian, beliau perlu membetulkan keadaan dan telah berkali-kali berkata akan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ekonomi negara harus diutamakan berbanding keinginan mahu menguasai Putrajaya. Menetapkan tarikh di sana sini tidak menjana keyakinan komuniti perniagaan dan pelabur asing,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Otai Reformis, Abdul Razak Ismail berkata, pihaknya akan menetapkan tarikh untuk Dr. Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Gesaan itu didakwa dilakukan kerana Pengerusi PH itu tiada pendirian tetap untuk berundur.

“Memandangkan Dr. Mahathir ding dong ding dong nak serah kepada Anwar, kami tengok pendirian beliau sekarang lain macam, sekejap mengadakan perbincangan dengan Pas, bincang dengan GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya. – Nthqibord

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.